Sunday, September 13, 2015

Topic 9 : Designing and planning a non-electronic media center in early childhood classroom. Topic 10 : Diversity of non-electronic media and the development and production process. Refer to materials available in market such as charts, models, puppets and aquariums.


Kedua-dua topic ini dibentangkan oleh group wentty.

Peringkat penghasilan media bukan elektronik

1.    penghasilan media secara tiruan.

       Penghasilan media secara tiruan boleh diilutrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukis peta, dan gambar melalui surihan imej tayangan atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar.

2.    Penghasilan media secara pengubahsuaian

       Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada. Penghasilan media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif.

3.    Rekaan kreatif

      Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan.

4.     Inovasi dan peniruan

       Meniru secara keratif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan sesuatu yang kreatif adalah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru adalah tidak asli, dan tidak kreatif. Guru dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

 

Definisi media bukan elektronik

    Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri atau dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pnp dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan.

 

Jenis-jenis media bukan elektronik

       Gambarajah

       Carta

       Graf

       Peta

       Kartun

       Poster

       Bahan 3D seperti boneka glob, model.

Perancangan yang perlu ada bagi mewujudkan suasana pembelajaran

     Sungguhpun pada masa kini terdapat banyak media teknologi yang berbentuk elektronik, penggunaan media yang bukan elektronik juga masih memainkan peranan penting.Ini adalah kerana tidak semua sekolah mampu menyediakan peralatan berkesan dengan secukupnya di sekolah masing-masing. Oleh itu penggunaan media bukan elektronik tidak boleh dipandang sepi oleh guru kerana selain harganya murah  dan mudah didapati dan dikendalikan. Alat  paparan atau papan pengajaran merupakan salah satu media pengajaran yang paling awal digunakan dalam bilik darjah.Contohnya papan kapur atau papan hitam terdapat dalam hampir kesemua bilik darjah dan makmal sains. Alat ini sangat mudah dan lebih murah untuk digunakan semasa mengajar.Ia tidak perlukan peralatan tambahan atau lain-lain alat sokongan untuk menggunakannya.

Kelebihan menggunakan papan kapur

     Papan kapur adalah lebih murah berbanding dengan media pengajaran elektronik seperti OHP, komputer dan sebagainya. Ia sesuai untuk pengajaran kumpulan kecil dan kumpulan besar. Ia boleh dipadam serta merta dan maklumat boleh ditulis dengan cepat. Selain itu kanak-kanak juga boleh menggunakan kapur untuk melukis atau menulis apa-apa sahaja di papan hitam dengan menggunakan kapur. Ia juga menjadi alat sokongan mengajar yang berkesan jika digabungkan dengan media pengajaran yang lain seperti carta.

Kelemahan menggunakan papan kapur

      Ia tidak mempunyai atribut seperti media yang lain seperti media realisme, gerak dan animasi. Penggunaan papan kapur memakan masa yang lama jika banyak maklumat atau ilutrasi yang perlu ditulis dan dilukis kecuali persediaan awal telah dilakukan sebelum pengajaran bermula. Kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, mengerak, merangsang dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya.

Contoh gambar kanak-kanak menggunakan papan kapur

        

 

 
 
 
Carta

           carta merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan sesuatu konsep atau idea, yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu, melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu keadaan mahupun perkara. menurut smaldino (2005), carta sentiasa dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta dinding dalam bentuk carta organisasi, carta klasifikasi, dan garisan masa, yang digunakan untuk tontonan semua didalam kelas ataupun secara berkumpulan. Carta juga dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, dan mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Dimana maklumat yang disampaikan haruslah minimum dan bermakna serta tidak terlalu padat sehingga mengelirukan pemahaman pelajar.

Jenis-jenis carta;-

       carta organisasi

       carta klasifikasi

       carta garisan masa

       carta jadual

       carta aliran

Contoh carta
 





Model

       BBM bukan elektronik adalah satu medium pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar memahami tentang suatu objek. Pelajar lebih cenderung memahami suatu perkara di hadapan mata dan boleh disentuh untuk mereka lebih menghayati sesuatu pembelajaran tersebut.

Contoh model

Boneka

        Membantu murid untuk memahami pelajaran dan boleh mengurangkan rasa bosan terhadap pengajaran guru. Benda-benda maujud seperti boneka ia bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan kanak-kanak ketika belajar  Biasanya boneka ini berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan dapat memperkembangkan kemahiran murid-murid berfikir secara kreatif. contoh berlakon menggunakan patung. Guru menggunakan kaedah ini untuk memperkenalkan topik, memahami isi pengajaran dan memudahkan pembelajaran.

 

Akuarium

          Akuarium ialah tempat untuk meletakkan hidupan dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca atau balang-balang plastik. ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut. Membina akuarium ikan hiasan untuk murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada pengunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar dan Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.

Contoh akuarium


Refleksi : Melalui topic yang dibentang oleh group ini apa yang saya faham adalah jika guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan proses pengajaran berdasarkan media bukan elektronik dan tidak hanya tertumpu kepada media elektronik sahaja kerana media bukan elektronik juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memberikan gambaran sebenar kepada murid-murid iaitu melalui penggunaan model, akuarium dan lain-lain yang dapat membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka seperti melihat dan menyentuh bahan tersebut ketika proses pembelajaran dengan ini kanak-kanak mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan baru melalui pembelajaran seperti ini. Selain itu, penggunaan media bukan elektronik harus tidak diketepikan oleh guru kerana ia juga membantu keberkesanan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, media bukan elektronik lebih murah dan mudah digunakan serta ia mampu melahirkan kreativiti dalam setiap diri kanak-kanak dimana bahan-bahan buangan boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan sesuatu seperti akuarium. Oleh itu guru perlu menggunakan media bukan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Media elektronik juga boleh digunakan tetapi perlu seimbang dalam menggunakannya iaitu hari ini media elektronik dan esoknya media bukan elektronik agar kedua-dua memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak berasa ketinggalan zaman.

No comments:

Post a Comment