Topic
13.
Menggabungkan
media elektronik dan bukan elektronik untuk menghasilkan bahan-bahan
pengajaran, persembahan dan produk untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Bagaimana menggabungkan media elektronik dan
bukan elektronik di dalam P&P ?
Seperti yang kita tahu media
elektronik ini adalah seperti video, slide, overhead projektor komputer,
internet, radio, television, audio. Manakala media bukan elektronik pula adalah
gambar, carta, model, surat khabar, papan putih atau tulis, kad imbasan dan
graf.
Contoh
: video = kad imbasan
Papan
tulis = komputer
Topic
14.
Kebaikan media elektronik ialah
mudah, menarik minat kanak-kanak, kemahiran bahasa antarabangsa dapat
dipertingkatkan dan sesuai dengan tred terkini. Manakala keburukanya pula
melalaikan iaitu sibuk 24jam melayani sehingga kerja-kerja lain dilupakan,
menyebabkan rabun mata, terdedah kepada masalah sosial kerana banyak
unsur-unsur negatif yang terdapat dalam media elektronik.
Kebaikan
media bukan elektronik murah dari segi penggunaannya dan tidak memerlukan
peralatan yang khusus serta mudah dibawa dan dipindahkan dari satu tempat ke
tempat lain. Manakala keburukannya pula ialah cepat membosankan dan kurang
memberikan suasana yang menarik. Kualiti kertas buku kadangkala kurang baik
sehingga menurunkan minat baca kanak-kanak.
Cara
menilai dengan menggunakan media
Elektronik
– membuat penilaian menggunakan carta di dalam komputer, audio dan juga
rakaman.
Bukan
elektronik – melalui senarai semak, papan tulis dan lain-lain
Refleksi : Dalam topic 13 dan 14 yang dibentangkan oleh group ini apa yang saya
faham adalah dimana media elektronik dan media bukan elektronik dapat
digabungkan untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan
menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar. Selain itu, melalui
media elektronik dan bukan elektronik juga boleh dijadikan sebagai alat untuk
membuat penilaian terhadap kanak-kanak yang diperhati serta boleh digunakan
apabila menjalankan proses pembelajaran dimana guru tidak hanya tertumpu kepada
media bukan elektronik seperti buku teks sahaja tetapi media elektronik juga
boleh digunakan agar kanak-kanak tidak bosan apabila belajar. Guru perlu
menggunakan kedua-dua bahan pengajaran ini secara seimbang agar kanak-kanak
dapat berkembang dengan baik terutamanya dari segi pembelajaran.
No comments:
Post a Comment