Teori
Behaviourism.
Teori ini dikenali sebagai mazhab behavior
pemerhatian oleh Ivan Pavlov dan
dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat
bahawa pembelajaran adalah kaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori
pembelajaran mereka kebanyakan dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian
yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung. Mereka
menumpukan ujian kepada perhubungan antara ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara umum teori behaviors menyatakan bahawa pengajaran
dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid
sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini menjelaskan bahawa tingkah laku murid
boleh diperhatiakn, dikawal dan diramal.
Perkaitan diantara teori behaviourism dan teknologi
dalam P&P.
Perubahan tingkah laku setiap ransangan menimbulkan tindak balas dan
pembelajaran yang berlaku adalah akibat kaitan dengan ransangan dan gerak
balas. Sesuatu ransangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali
sebagai pelaziman. Ransangan dan gerak balas serta peneguhan,
anggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang
bersesuaian diberikan kepadanya
Teori Cognitivisme.
Teori ini adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan
pengamatan, pengetahuan dan pemahaman.
Ahli-ahli psikologi yang terkenal
seperti Kohler, Koffa, Piaget, Brunner dan Gagne. Mereka semua
berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam
akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah
laku manusia. Teori ini adalah berkaitan dengan proses mental yang
melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologi
yang terkenal seperti Kohler, Koffa, Piaget, Brunner dan Gagne. Mereka
semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada
tingkah laku manusia.
Perkaitan diantara teori cignitivisme dan teknologi
dalam P&P.
Dimana guru perlu Memilih alat bantu
mengajar yang menarik dengan menggunakan media elektronik supaya murid-murid
tidak bosan apabila belajar. Selain itu, Mementingkan
pengalaman dan kesediaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan media elektronik agar mereka dapat belajar mengikut kemampuan yang
mereka ada.
Teori Construtivisme
Teori ini adalah satu fahaman
bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru secara aktif, berdasarkan kepada
pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep
yang diterima sama ada bantuan kendiri atau interaksi sosial.
Perkaitan diantara teori contructivisme dan teknologi
dalam P&P.
Dapat membantu pembelajaran. Contoh, pemprosesan kata dan hamparan elektronik. Selain itu, Memungkinkan
pembelajaran secara “hands-on dan mind-on”.
Refleksi
: Melalui topic yang dibentangkan oleh group ini
apa yang saya perolehi adalah adalah dimana tingkah laku atau pembelajaran
kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh factor pemerhatian dimana apa yang
diperhati oleh kanak-kanak itu akan ditirunya. Oleh itu guru perlu bijak ketika
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru boleh menggunakan
model sebagai bahan untuk kanak-kanak menirunya. Contoh menjadikan murid yang
cemerlang sebagai model disekolah agar kanak-kanak lain juga mengikut murid
tersebut. Selain itu, menyediakan pembelajaran yang membolehkan kanak-kanak
banyak mengajukan soalan dan yang melibatkan kerjasama diantara satu sama lain
agar mereka tidak bosan ketika belajar. Melibatkan interaksi dan kerjasama
membolehkan kanak-kanak suka belajar kerana ia menyeronokkan. Selain itu, apa
yang saya faham mengenai topic ini adalah guru perlu menyediakan pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan media elektronik agar kanak-kanak tidak hanya
tertumpu dengan bahan cetak seperti buku teks dan kad-kad bergambar. Contoh
media elektronik yang melibatkan deria kanak-kanak seperti pandang dan dengar
iaitu mempunyai unsure-unsur gambar dan juga bunyi. Contoh haiwan lembu
disertakan bunyinya.
No comments:
Post a Comment