Sunday, September 13, 2015

Topic 3: Identify specific learner characteristics which influence the implementation of instruction strategies in early childhood setting.


 

           Topic ini di bentangkan oleh group kami sendiri dimana kami mencari maklumat ini secara online di restaurant KFC. Sebelum kami mencari maklumat ini di internet kami membahagi-bahagikan tajuk supaya slide dapat disiapkan dengan sempurna. Kami juga membuat pembacaan sebelum membentangkan tajuk ini agar dapat memberi kefahaman kepada kumpulan lain apabila mereka ajukan soalan. Tajuk topic yang kami bentangkan adalah :

Identify specific learner characteristics which influence the implementation of instruction strategies in early childhood setting.

Dalam topic ini terdapat

Ciri spesifik kanak-kanak yang mempengaruhi strategi pembelajaran awal kanak-kanak

1.    Memencilkan diri – Kanak-kanak ini suka memencilkan diri dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti. Cara mengatasi murid ini adalah menyuruh kanak-kanak yang rapat dengannya membawa dia untuk ikut serta dengan aktiviti yang dijalankan kerana melalui pengalaman semasa kami latihan mengajar kanak-kanak tersebut lebih suka melakukan aktiviti bersama rakan yang sangat rapat dengannya.

2.    Tumpuan singkat – kanak-kanak yang memberi perhatian yang singkat, dimana kanak-kanak ini cepat bosan dengan pembelajaran yang terlalu lama. Cara mengatasi masalah ini adalah guru perlu menyediakan pembelajaran yang singkat tetapi bermakna kepada murid. Contoh aktiviti bercerita atau belajar sambil bermain.

3.    Gopoh dan tidak sabar – kanak-kanak ini suka bertanya, dimana ketika guru sedang mengajar kanak-kanak sudah mengajukan soalan iaitu memotong ketika guru sedang bercakap. Cara mengatasi masalah ini adalah guru perlu menyediakan pembelajaran yang berunsurkan banyak soalan-soalan.

4.    Mudah terganggu dengan persekitaran – kanak-kanak ini mudah terganggu dengan persekitaran seperti rakan-rakan. Cara mengatasi masalah ini adalah guru perlu menyediakan pembelajaran yang menarik perhatian murid yang boleh menimbulkan rasa ingin tahu.

5.    suka berkhayal – dimana kanak-kanak ini suka berkhayal semasa pembelajaran dikelas. Cara mengatasi murid ini adalah guru perlu mengunakan “ Big Book “ kerana melalui pemerhatian yang kami lakukan semasa latihan mengajar murid tersebut suka mendengar ceita

6.    pergantungan berlebihan – Kanak-kanak yang suka bergantung dengan orang lain, dimana kanak-kanak tersebut menjawab Tidak pandai apabila diberi kerja atau latihan, tetapi disebaliknya dia boleh buat Cuma terlalu manja dan mengharapkan orang lain untuk menyiapkan kerjanya. Cara mengatasi masalah ini adalah biarkan kanak-kanak itu dahulu kerana dia akan melakukan sendiri apabila melihat kanak-kanak lain sibuk menyiapkan kerja masing-masing.

No comments:

Post a Comment