Teori
pembelajaran sosial bandura.
- Memberi penekanan tentang bagaimana tingkah laku kita dipengaruhi oleh
persekitaran melalui peneguhan cara memandang dan cara berfikir yang kita
miliki terhadap sesuatu matlamat. Pada Tahun 1959 & 1963 Albert Bandura dan
Richard Walters telah melaksanakan eksperimen mereka mendapati peniruan atau
permodelan adalah hasil peneguhan. Contoh aktiviti pembelajaran teknologi :
video cerita upin ipin, dimana video ini banyak menunjukkan tingkah laku yang
positif iaitu banyak unsur-unsur nilai moral yang membolehkan kanak-kanak
melihat dan meniru tingkah laku yang ditunjukkan.
Teori
pembelajaran humanisme.
- Melihat pelajar sebagai insan berpotens, bermotivasi dan berkeupayaan
untuk belajar dan berkembang. Hubungan dan penerimaan guru kepada murid-murid
faktor utama dalam teori humanisme
Carl
rogers (1902-87) dan Gagne dan Berliner (1991).
- Guru hendaklah menerima setiap murid tanpa syarat, mengikuti potensi dan
keupayaan masing-masing. Contoh : menyusun nombor menggunakan komputer.
Refleksi : Semasa menyediakan slide ini apa yang saya perolehi adalah saya dapat
mengetahui ciri spesifik kanak-kanak yang mempengaruhi strategi pembelajaran
awal kanak-kanak dari idea rakan sekumpulan saya dan mengetahui bagaimana
menyelesaikan masalah pembelajaran kanak-kanak serta melalui teori-teori
tersebut saya dapati bahawa setiap insan mempunyai potensi dan keupayaan untuk
belajar serta menerima murid apa seadanya kerana mereka mempunyai kelebihan
tersendiri. Semasa menyediakan slide ini adalah kerjasama amat penting kerana
tanpa kerjasama tidak menghasilkan apa-apa dan memahami topic ini memerlukan
perbincangan kumpulan.
No comments:
Post a Comment