Sunday, September 13, 2015

Topic 13 : Combine electronic and non-electronic media to produce instructional materials, presentations and products for early childhood education. Topic 14 : Implement and assessment of teaching and learning by using electronic and non-electronic media in early childhood classroom.

Kedua-dua topic ini adalah dibentangkan oleh kumpulan rebecca.


Topic 13.

Menggabungkan media elektronik dan bukan elektronik untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran, persembahan dan produk untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Bagaimana menggabungkan media elektronik dan bukan elektronik di dalam P&P ?

          Seperti yang kita tahu media elektronik ini adalah seperti video, slide, overhead projektor komputer, internet, radio, television, audio. Manakala media bukan elektronik pula adalah gambar, carta, model, surat khabar, papan putih atau tulis, kad imbasan dan graf.

Contoh : video = kad imbasan

Papan tulis = komputer

Topic 14.

             Kebaikan media elektronik ialah mudah, menarik minat kanak-kanak, kemahiran bahasa antarabangsa dapat dipertingkatkan dan sesuai dengan tred terkini. Manakala keburukanya pula melalaikan iaitu sibuk 24jam melayani sehingga kerja-kerja lain dilupakan, menyebabkan rabun mata, terdedah kepada masalah sosial kerana banyak unsur-unsur negatif yang terdapat dalam media elektronik.

Kebaikan media bukan elektronik murah dari segi penggunaannya dan tidak memerlukan peralatan yang khusus serta mudah dibawa dan dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Manakala keburukannya pula ialah cepat membosankan dan kurang memberikan suasana yang menarik. Kualiti kertas buku kadangkala kurang baik sehingga menurunkan minat baca kanak-kanak.

 

Cara menilai dengan menggunakan media

Elektronik – membuat penilaian menggunakan carta di dalam komputer, audio dan juga rakaman.

Bukan elektronik – melalui senarai semak, papan tulis dan lain-lain

 

Refleksi : Dalam topic 13 dan 14 yang dibentangkan oleh group ini apa yang saya faham adalah dimana media elektronik dan media bukan elektronik dapat digabungkan untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar. Selain itu, melalui media elektronik dan bukan elektronik juga boleh dijadikan sebagai alat untuk membuat penilaian terhadap kanak-kanak yang diperhati serta boleh digunakan apabila menjalankan proses pembelajaran dimana guru tidak hanya tertumpu kepada media bukan elektronik seperti buku teks sahaja tetapi media elektronik juga boleh digunakan agar kanak-kanak tidak bosan apabila belajar. Guru perlu menggunakan kedua-dua bahan pengajaran ini secara seimbang agar kanak-kanak dapat berkembang dengan baik terutamanya dari segi pembelajaran.

Topic 12 : Use imaging devices to produce computer based intructional materials for early childhood education.


Yeahh....welcome to the next topic. (SAME GROUP)


           Topik ini kita akan mengetahui tentang kelebihan-kelebihan tentang komputer, kamera digital dan kamera video. Dengan penggunaan bahan pengajaran tersebut guru dapat melakukan proses pengajaran dengan lancar.

Kelebihan pengajaran berasaskan komputer

-       Dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

-       Banyak memerlukan pancaindera pandang dan dengar

-       Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

Contoh-contoh gambar kanak-kanak menggunakan komputer dalam pembelajaran


Kelebihan kamera digital

-       Dapat digunakan di dalam atau diluar ruangan untuk membuat gambar untuk keperluan penerbitan

-       Pengoperasian kamera digital sangat mudah dan alat ini untuk membuat gambar dari objek

Kelemahan kamera digital

-       Memerlukan peralatan komputer untuk pengolah gambar

-       Pengembangan ukuran gambar masih terbatas

Contoh-contoh kamera digital


 
Kamera video

-       Kamera video adalah peringkat perakam gambar video yang mampu menyimpan gambar digital dari mode gambar analog.

Kelebihan kamera video

-       Kualiti gambar dan suara yang dihasilkan sangat baik

-       Hasil rakaman tidak berubah sampai generasi yang tidak terbatas

-       Bentuknya sangat sederhana dan mudah untuk dibawa

Kelemahan kamera video

-       Harga jauh lebih mahal berbanding kamera analog

Contoh kamera video



Refleksi: Melalui pembentangan dari group ini membuatkan saya lebih tahu tentang kelebihan serta kekurangan apabila menggunakan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu murid lebih faham apa yang dipelajarinya. Selain itu, melalui penggunaan teknologi juga murid dapat memperolehi kemahiran baru dalam menggunakan teknologi tersebut. Selain itu, melalui pembentangan ini dapat memberi pengetahuan baru kepada saya tentang penggunaan benda-benda lain seperti boneka dan model dan dapat memberi gambaran sebenar kepada murid menerusi benda tersebut.

Topik 11 : Practical development and production of various materials.

Know i get some information from group debra. They present about topik 11..let’s learn it !!!

 

Melalui topik ini kita akan tahu alat-alat yang sesuai digunakan oleh seseorang guru untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Dimana alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Terdapat beberapa alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru. Antaranya ialah :

1.    Boneka

-       Boneka mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Penggunaan boneka dalam proses pengajaran dapat mempertingkatkan intepersonal kanak-kanak. Kepentingan boneka dalam media pengajaran dan pembelajaran ialah boneka boleh menyampaikan cerita atau mesej yang berkesan, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar bekerjasama dalam kumpulan serta memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam mencipta dan merancang daya imaginasi kanak-kanak.

Jenis-jenis boneka

-       Boneka tangan

-       Boneka lidi

-       Boneka tali

-       Boneka jari

-       Boneka tongkat

 

Contoh-contoh boneka

 

2.    Akuarium

-       Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik, dimana ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut.

Contoh akuarium



3.    Terrarium

-       Terrarium ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Katak-katak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

Contoh terrarium



4.    Kad imbasan

-       Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas dimana maklumat pada kad imbasan tersebut perlu jelas, ringkas dan tepat. Contohnya nombor, perkataan, huruf dan sebagainya.

Contoh kad imbasan


5.    Model

-       Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastersin dan getah. Terdapat beberapa pecahan jenis model :

Ø  Model berskala

Ø  Model olok-olok

Ø  Model keratan rentas

Contoh-contoh model


6.    Carta

-       Selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu. Carta mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambar rajah, lakaran, simbol dan lukisan dimana susunan maklumat yang sistematik dalam carta diutamakan untuk memudahkan kanak-kanak lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Contoh-contoh carta


Topik11 sudah selesai..tq for reading (O_O)

Topic 9 : Designing and planning a non-electronic media center in early childhood classroom. Topic 10 : Diversity of non-electronic media and the development and production process. Refer to materials available in market such as charts, models, puppets and aquariums.


Kedua-dua topic ini dibentangkan oleh group wentty.

Peringkat penghasilan media bukan elektronik

1.    penghasilan media secara tiruan.

       Penghasilan media secara tiruan boleh diilutrasikan seperti memotong huruf berdasarkan bentuk, melukis peta, dan gambar melalui surihan imej tayangan atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar.

2.    Penghasilan media secara pengubahsuaian

       Pengubahsuaian memerlukan penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada. Penghasilan media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan inisiatif.

3.    Rekaan kreatif

      Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan.

4.     Inovasi dan peniruan

       Meniru secara keratif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan sesuatu yang kreatif adalah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara meniru adalah tidak asli, dan tidak kreatif. Guru dan murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

 

Definisi media bukan elektronik

    Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri atau dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pnp dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan.

 

Jenis-jenis media bukan elektronik

       Gambarajah

       Carta

       Graf

       Peta

       Kartun

       Poster

       Bahan 3D seperti boneka glob, model.

Perancangan yang perlu ada bagi mewujudkan suasana pembelajaran

     Sungguhpun pada masa kini terdapat banyak media teknologi yang berbentuk elektronik, penggunaan media yang bukan elektronik juga masih memainkan peranan penting.Ini adalah kerana tidak semua sekolah mampu menyediakan peralatan berkesan dengan secukupnya di sekolah masing-masing. Oleh itu penggunaan media bukan elektronik tidak boleh dipandang sepi oleh guru kerana selain harganya murah  dan mudah didapati dan dikendalikan. Alat  paparan atau papan pengajaran merupakan salah satu media pengajaran yang paling awal digunakan dalam bilik darjah.Contohnya papan kapur atau papan hitam terdapat dalam hampir kesemua bilik darjah dan makmal sains. Alat ini sangat mudah dan lebih murah untuk digunakan semasa mengajar.Ia tidak perlukan peralatan tambahan atau lain-lain alat sokongan untuk menggunakannya.

Kelebihan menggunakan papan kapur

     Papan kapur adalah lebih murah berbanding dengan media pengajaran elektronik seperti OHP, komputer dan sebagainya. Ia sesuai untuk pengajaran kumpulan kecil dan kumpulan besar. Ia boleh dipadam serta merta dan maklumat boleh ditulis dengan cepat. Selain itu kanak-kanak juga boleh menggunakan kapur untuk melukis atau menulis apa-apa sahaja di papan hitam dengan menggunakan kapur. Ia juga menjadi alat sokongan mengajar yang berkesan jika digabungkan dengan media pengajaran yang lain seperti carta.

Kelemahan menggunakan papan kapur

      Ia tidak mempunyai atribut seperti media yang lain seperti media realisme, gerak dan animasi. Penggunaan papan kapur memakan masa yang lama jika banyak maklumat atau ilutrasi yang perlu ditulis dan dilukis kecuali persediaan awal telah dilakukan sebelum pengajaran bermula. Kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, mengerak, merangsang dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya.

Contoh gambar kanak-kanak menggunakan papan kapur

        

 

 
 
 
Carta

           carta merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan sesuatu konsep atau idea, yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu, melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu keadaan mahupun perkara. menurut smaldino (2005), carta sentiasa dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta dinding dalam bentuk carta organisasi, carta klasifikasi, dan garisan masa, yang digunakan untuk tontonan semua didalam kelas ataupun secara berkumpulan. Carta juga dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, dan mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Dimana maklumat yang disampaikan haruslah minimum dan bermakna serta tidak terlalu padat sehingga mengelirukan pemahaman pelajar.

Jenis-jenis carta;-

       carta organisasi

       carta klasifikasi

       carta garisan masa

       carta jadual

       carta aliran

Contoh carta
 





Model

       BBM bukan elektronik adalah satu medium pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar memahami tentang suatu objek. Pelajar lebih cenderung memahami suatu perkara di hadapan mata dan boleh disentuh untuk mereka lebih menghayati sesuatu pembelajaran tersebut.

Contoh model

Boneka

        Membantu murid untuk memahami pelajaran dan boleh mengurangkan rasa bosan terhadap pengajaran guru. Benda-benda maujud seperti boneka ia bertujuan untuk mengurangkan rasa bosan kanak-kanak ketika belajar  Biasanya boneka ini berbentuk orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan dapat memperkembangkan kemahiran murid-murid berfikir secara kreatif. contoh berlakon menggunakan patung. Guru menggunakan kaedah ini untuk memperkenalkan topik, memahami isi pengajaran dan memudahkan pembelajaran.

 

Akuarium

          Akuarium ialah tempat untuk meletakkan hidupan dalam air. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca atau balang-balang plastik. ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut. Membina akuarium ikan hiasan untuk murid boleh melihat benda yang sebenar. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada pengunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar dan Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.

Contoh akuarium


Refleksi : Melalui topic yang dibentang oleh group ini apa yang saya faham adalah jika guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan proses pengajaran berdasarkan media bukan elektronik dan tidak hanya tertumpu kepada media elektronik sahaja kerana media bukan elektronik juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu memberikan gambaran sebenar kepada murid-murid iaitu melalui penggunaan model, akuarium dan lain-lain yang dapat membolehkan kanak-kanak menggunakan deria mereka seperti melihat dan menyentuh bahan tersebut ketika proses pembelajaran dengan ini kanak-kanak mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan baru melalui pembelajaran seperti ini. Selain itu, penggunaan media bukan elektronik harus tidak diketepikan oleh guru kerana ia juga membantu keberkesanan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, media bukan elektronik lebih murah dan mudah digunakan serta ia mampu melahirkan kreativiti dalam setiap diri kanak-kanak dimana bahan-bahan buangan boleh dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan sesuatu seperti akuarium. Oleh itu guru perlu menggunakan media bukan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Media elektronik juga boleh digunakan tetapi perlu seimbang dalam menggunakannya iaitu hari ini media elektronik dan esoknya media bukan elektronik agar kedua-dua memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada kanak-kanak supaya mereka tidak berasa ketinggalan zaman.